Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ASSALAMU'ALAIKUM.. ;)

Tuesday 2 December 2014

Just Be Yourself !!!

Be yourself! Nampak macam senang, tapi susah sebenarnya. Orang kata, jadilah diri sendiri. Tapi lihatlah sekarang, berapa ramai yang cakap nak jadi diri sendiri sampai sanggup nak ubah jantina dan segala macam yang dia nak ubah.

Macam saya! Saya seorang yang tak banyak cakap sebenarnya. Tapi peramah juga kadang-kadang. Bukanlah sangat pendiam, tapi sangat suka memerhati, mendengar dan kadang-kadang lupa macam tu ja. Satu lagi, saya sangat suka tengok pemandangan kat luar tingkap. Cantik! Sebab belajar jauh, plus minus 12 jam perjalanan kalau nak balik ke rumah, jadi banyaklah pemandangan yang boleh saya tatap. Lagi satu, sangat banyak travelling, jadi banyak jumpa orang. Banyak keluar ke program-program. Alhamdulillah, Allah bagi tarbiyah dalam pelbagai bentuk. Manhaji dan rabbani.

Sebenarnya nak cakap, jadilah diri kita sendiri walaupun ada yang tak berpuas hati terhadap diri kita. Contohnya, saya suka dengar music, tapi tak suka menyanyi. Itulah diri saya. Dan saya tak akan ubah hanya kerana nak orang lain suka kepada saya. It’s me! Satu lagi, saya sangat suka membaca. Sangat suka. Suka sangat! Sangat berharap dapat kekalkan momentum untuk terus membaca. Semangat untuk terus membaca! Sebab satu ja, membaca menambahkan ilmu.

Point yang paling penting ialah jadilah diri kita sendiri mengikut acuan yang telah ditetapkan dalam Islam. Kita semua ada pendapat masing-masing kan. Tegurlah saya sekiranya saya salah. Macam saya, saya tak pandai nak bercakap. Mesti tunggang langgang ayat. Ada ja yang lupa nak sebut. Mesti gagap. Tak taulah. Maybe I’m good in writing. Entahlah. Tak juga. Selalunya tak coherent and cohesion pun. Macam post nie. Main tulis ja.

 Dalam hidup nie banyak “tapi”, “sebenarnya”, “walaupun”, “kadang-kadang”, “selalunya” dan sebagainya. Tapi inilah kehidupan. Orang yang berani ialah yang sanggup menghadapi apa jua rintangan dan dugaan dalam hidup. Saya sangat teringin untuk jadi orang yang berani. Berani untuk buat apa saja. Bercakap apa sahaja. Bertanya apa sahaja. Mungkin ada sedikit perasaan insecure yang menghalang saya daripada buat macam tu. Maksud saya, buat apa sahaja, bercakap apa sahaja dan bertanya apa sahaja yang tidak melanggar batas-batas yang telah agama kita tetapkan.

Berbalik kepada be yourself, pada saya, be yourself ialah dapat jadi diri yang kita tahu Allah pasti suka. Kita semua tahu yang Allah suka hambaNya yang beriman, beramal soleh, mengamalkan amar makruf nahi mungkar dan sebagainya. Inilah diri yang sebenarnya sebagai seorang hamba dan khalifah. Yang turun ke medan masyarakat dan bersama dalam jemaah. Allah, susahnya nak istiqomah kan. Bercakap memang senang. Ramai orang yang boleh bercakap, tapi tak ramai yang boleh buat. Ramai orang tahu mengkritik, tapi ramai juga orang tak tahu keperitan yang dilalui untuk terus istiqomah.

Apapun, jadilah diri kita sendiri. Diri yang Allah suka. InsyaAllah, kebahagiaan itu pasti akan datang. Walaupun kadang-kadang kita rasa susah, itulah tarbiyah. Pendidikan! Yang mendidik jiwa, iman, jasad, hati dan minda. Doakan kita semua untuk terus istiqomah dalam kehidupan. InsyaAllah.


Rasa sedih tiba-tiba………..:'(