Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ASSALAMU'ALAIKUM.. ;)

Sunday 12 December 2010

~HADITH 40 IMAM NAWAWI>> HADITH 12~




Syarah Hadith Empat Puluh, Syeikh Imam An-Nawawi.Buku ini menghuraikan secara ringkas 42 buah hadith
himpunan Imam An-Nawawi yang dikenali di dunia Islam
sebagai Hadith Arba'in Nawawiyyah.

Saya memilih Hadith ke-12 untuk dikongsi bersama
para pembaca yang dikasihi Allah. Subhanallah!~

~HADITH 12~
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ

إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna." (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan selainnya seperti ini)

Hadith hasan ini dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi dalam kitab zuhud (Bab: Orang yang berbicara tentang sesuatu yang tidak bermanfaat baginya), nombor 2318. Ibnu Majah meriwayatkannya dalam kitab Al-Fitan (Bab: Menjaga lidah dari memfitnah), nombor 3976.


A. KEDUDUKAN HADITH
Abu Hurairah ra mengkhabarkan kepada kami: "Ini merupakan keharusan seorang nabi dan darinya diambil akhlaq nabi." Dengan hadith ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita dengan kalimah yang ringkas, yang memberi manfaat serta mencakupi kebaikan di dunia dan kebahagiaan akhirat, maka dengan demikian, beliau berkata dengan sebenarnya. Sebagaimana diperkatakan oleh para ulama': "Perkataan Nabi SAW itu ringkas dan padat, dan tidak ada seorang pun sebelumnya yang menyamainya dalam perkataannya, di mana perkataan beliau mencakupi setengah agama, kerana agama adalah mengamalkan dan meninggalkan, dan hadith ini menjelaskan tentang apa yang harus ditinggalkan."

Sebahagian dari kalangan mereka berkata: "Hadith ini meliputi seluruh agama kerana ia menyatakan apa yang harus ditinggalkan dan menunjukkan apa yang harus dikerjakan."

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata: "Hadith ini merupakan dasar yang tinggi darjatnya bagi adab."

Abu Daud berkata: "Dasar sunnah dalam setiap ilmu ada empat", dan beliau menyebutkan hadith ini. (Syarah Ibnu Daqiq Al-I'ed, untuk hadith Arba'in.)


B. INTISARI HADITH
1. Seorang Muslim haruslah meninggalkan segala sesuatu yang tidak berguna dan
berlebih-lebihan, sama ada berupa perkataan, perbuatan mahu pun fikiran.

2. Seorang Muslim hendaklah menyibukkan diri dalam hal-hal yang penting dan
bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

3. Orang yang sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna baginya, maka berkuranglah
imannya atau tidak sempurnalah imannya.


C. TAFSIR HADITH
Hadith ini menerangkan bahawa orang yang tidak meninggalkan sesuatu yang tidak berguna dan bermanfaat adalah orang yang lemah imannya. Maka di antara tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna baginya, baik berupa perkataan, perbuatan dan fikiran, yang tidak ada hubungannya bagi dunia dan Ad-Dinul Islam.

Oleh kerana itu seseorang Muslim hendaklah memerhatikan segala sesuatu yang berhubungan dengan kemaslahatan hidupnya demi kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat. Hal ini adalah mudah bagi orang yang mendapat taufiq dari Allah. Maka orang yang mementingkan kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat, nescaya jauhlah ia dari perkara yang sia-sia dan tidak berguna.

Luqman Al-Hakim berkata: "Keutamaan itu ialah perkataan yang benar (jujur), melaksanakan amanah dan meninggalkan yang tidak berguna."

Dipetik dari: (Hadith 40 Imam Nawawi, olahan Muhammad Bukhari, 2010)


~LAYAR KEINSAFAN~




Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
_____________________________________________________

Saya ingin menjadi bak pokok kelapa. Setiap bahagian bermanfaat buat semua. Selain itu, pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat saya. Apabila saya melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf. Tengoklah, buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua. Hal ini mengingatkan saya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan kita. Bila-bila masa sahaja, di mana jua. Tua atau muda, Allah berhak menjemput kita. Saya takut sangat jika Allah memanggil saya dalam keadaan masih banyak dosa.
Dipetik dari: (Tautan Hati, Fatimah Syarha).

Friday 10 December 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bismillah...



Fudhail bin Iyadh ditanya, "Wahai Aba Ali, bila seseorang itu soleh?" Dia berkata, "Jika nasihat pada niatnya, takut dalam hatinya, jujur apabila berkata dan amal soleh nampak pada anggota badannya."

Ketika Nabi SAW mikraj, Allah berfirman kepada Nabi SAW, "Ya Muhammad! Jika kau ingin paling warak, zuhudlah akan dunia dan cintailah akhirat." Nabi SAW berkata, "Tuhanku, bagaimana aku zuhud akan dunia?" Allah berfirman, "Ambillah dunia sebagai makanan, minuman dan pakaian. Jangan kau ambil untuk esok dan selalulah berzikir pada-Ku."

Nabi SAW berkata, "Ya Tuhan, bagaimana aku zikir pada-Mu?" Allah berfirman, "Dengan menjauhkan diri daripada manusia. Jadikan solat sebagai tidurmu dan lapar sebagai makananmu."

Rasulullah SAW bersabda, "Zuhud akan dunia meringankan hati dan badan. Dan mrnyintainya memperbanyak kedudukan dan keprihatinan. Suka dunia adalah sumber segala kesalahan. Dan zuhud akan dia adalah sumber segala kebaikan dan ketaatan."

Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, "Adakah setiap kamu ingin masuk Syurga?" Mereka menjawab, "Ya." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Pendekkan angan-anganmu dan malulah kepada Allah dengan sesungguhnya." Mereka berkata, "Kami telah malu kepada Allah."

Rasulullah SAW bersabda:

"Demikian itu bukanlah malu. Akan tetapi malu kepada Allah adalah hendaknya engkau mengingati kubur dan seksanya, menjaga perut dan isinya serta kepala dan isinya pula. Siapa ingin kemuliaan Akhirat, ia tinggalkan perhiasan dunia. Di sanalah malu seorang hamba kepada Allah yang sesungguhnya dan dengan itu ia akan mendapat wilayah (kekuasaan) Allah."

Juga Baginda SAW bersabda:

"Permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancurannya adalah sebab bakhil dan berangan-angan panjang."

Dipetik dari: (Imam al-Ghazali, Penenang Jiwa).
____________________________________________________

Ya Allah..
kami ingin sabar..
kami ingin sekali zuhud kepadaMu..
Ya Rahman..Ya Rahim..
Ampunilah dosa kedua orang tua kami..

Ya Allah..
dunia adalah untuk mencari cintaMu...
RedhaMu membawa ke syurga..
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku..

Ya Allah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Aku ingin lepas dari kebatilan sambil berlari menuju kebenaran.
Dunia ini menawarkan kenikmatan.
Syaitan dan Malaikat saling bergelut.
berebut hendak menguasai diri.
Semoga terus berdiri kukuh di lembaran dakwah dan tarbiyah...
amin.

~DOA RABITAH~

Ya Allah
Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana Mengasihi-Mu
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
bersatu memikul beban daqwah-Mu.



Hati-hati ini
telah mengikat janji-janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.




Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjuklah kepada hati-hati ini
akan jalanMu (yang sebenar).




Penuhkan (piala) hati ini
dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini
dengan limpahan iman/keyakinan
dan keindahan tawakkal kepada-Mu.




Hidup suburkan hati-hati ini
dengan makrifat (pengetahuan sebenar)
tentang Mu.
(Jika Engkau mentakdirkan mati)
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada'
dalam perjuangan agama-Mu.




Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah
permintaan ini.

Friday 17 September 2010

ANDA PERLU TAHU! 24 PROTOKOL ZIONIS.




Marilah kita mengambil iktibar
Betapa kejamnya Zionis terkutuk
Betapa halusnya perancangan mereka
Mengatur strategi memusnahkan masyarakat dunia
Terutama umat Islam
Jangan kita ikuti mereka...
Kerana

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan bergabunglah bersama-sama orang yang benar." (surah At-Taubah, ayat 119)

Ibn Abbas berkata, "Yakni bergabunglah kalian bersama-sama orang yang niatnya benar dan hati serta amalnya lurus. Yakni tuluskanlah ucapan, niat dan amal kalian dan ikhlaskanlah hanya untuk Allah dalam setiap keadaan."

INI ADALAH ANTARA PROTOKOL YANG TELAH DISUSUN DENGAN RAPI OLEH ZIONIS UNTUK MEMUSNAHKKAN SEANTERO BANGSA BUKAN YAHUDI. APA YANG MEREKA PERLU LAKUKAN IALAH:
1. Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Siapa kuat, dialah yang berhak, mestilah pandai menggunakan tipu helah. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.
2. Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuat kaum yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dalam kalangan Yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.
3. Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita’ iaitu Sosialis, Komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi.
4. Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.
5. Sekiranya ada dalam kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka.
6. Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan minum minuman keras dalam kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.
7. Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan dalam kalangan manusia.
8. Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli korporat, jutawan dan usahawan.
9. Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan.
10. Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma’ ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihan raya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.
11. Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat.
12. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbak atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran masyarakat.
13. Bagi memastikan kejayaan memonopoli dan mempercepat proses keruntuhan, bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah dan pelbagai bentuk hiburan untuk melalaikan bukan Yahudi.
14. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji serta memdedahkan keburukan agama lain.
15. Bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Oleh itu, mesti mendirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE’ iaitu tempat pertemuan rahsia orang Yahudi.
16. Yahudi akan mendirikan universiti dengan Pensyarahnya akan mendidik para pemuda menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi).
17. Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang yang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya.
18. The King of Jews akan dikawal oleh pengawal –pengawal rahsia, kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi.
19. Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.
20. Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda.
21. Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.
22. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.
23. Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.
24. Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin.

Semoga ALLAH memelihara kita
Semoga ALLAH sentiasa bersama kita
YA ALLAH
jangan Kau biarkan kami hanyut dalam lautan penipuan, kerana badaiMu pasti tiba
membawa seribu satu penyesalan
semoga taufiq ALLAH sentiasa mengiringi kita setiap saat dan ketika! INSYAALLAH!

SENARAI BARANGAN ISRAEL!
SEMOGA KITA BERJAYA UNTUK BERMUJAHADAH!
UNTUK TIDAK LAGI MENYUMBANG UNTUK DANA ISRAEL!
MARI MUHASABAH DIRI!





Saturday 11 September 2010

2 HARI YANG MEMBERI PENGAJARAN



2 HARI YANG MEMBERI PENGAJARAN
SUBHANALLAH!

Allah Maha Besar
ALLAH Maha Mengetahui
Sebelum ana pulang ke kampung
Untuk meraikan Aidilfitri 1431 H
Terjadi 2 peristiwa penting
Yang sangat-sangat memberi iktibar
Dia mentarbiyah kita
Untuk menjadi sekuat mungkin
Seteguh yang bisa.

Bagaikan oxymoron, sangat kontra!
Peristiwa pertama dan peristiwa kedua
Kenangan manis dan pahit..

PERISTIWA PERTAMA...
Hati melonjak gembira
Apabila diberitahu
Ummi Muhaini mahu kami
Untuk meminta derma di BBU
Sesungguhnya,
Diri ini tidak pernah meminta derma
Sebelum ini.
Apatah lagi kutipan ini
Adalah untuk Lifeline 4 Gaza
Untuk saudara kita di Palestin!
Subhanallah!
Ana merasakan
Diri ini sedang berjihad bersama mereka
Menentang Zionis terkutuk
Ya Allah!
Sungguh hebat perasaan ini.

Berjalanlah kami 5 sahabat
Bertiga dan berdua
Berpecah di Bazar BBU
Bersebelahan masjid
Memegang tabung amanah
Mencari derma sebanyak mungkin
Menambah pahala seberat mungkin.

Banyak yang terjadi
Hampir menitiskan air mata
Melihat betapa luhurnya mereka
Mereka yang sudi menghulurkan sumbangan
Tidak kira banyak ataupun sedikit
Keikhlasan itu yang paling penting.

Yang mengejutkan
Bukan sahaja yang bertudung
Yang berjilbab
Yang bertudung labuh litup
Yang bercouple, berpakaian seksi
Mahupun yang ala-ala black metal
Turut memberikan sumbangan mereka
Ana belajar satu perkara..
Don’t judge a book by its cover!
Melihat mereka yang sudi menghulurkan bantuan
Ana jadi teringat dan tertanya-tanya
Apakah kita juga akan berbuat begitu
Apabila ada insan yang datang untuk meminta sedikit sumbangan
Dari kita?
Adakah kita akan menjadi sepemurah mereka?

Ramai yang tersenyum melihat gelagat kami
Yang berdiri berhadapan gerai menjual air
Bibir yang tidak lekang dengan senyuman
Yang tidak putus dengan ucapan “terima kasih”
Menunggu para penderma budiman.

Pada mulanya kami agak malu
Namun,
Perasaan itu berjaya dikikis
Apabila melihat ramainya orang
Yang turut tersenyum
Semangat kami terus membara
Untuk terus berdiri tersenyum dan berterima kasih
Kepada para dermawan.

Kami berbuka dan bersolat di masjid BBU
Maghrib, Isya’, Tarawih dan Witir
Sangat bahagia ketika itu.
Itulah peristiwa yang sangat manis
Yang sangat-sangat memberi pengajaran.

PERISTIWA KEDUA...
Allah Maha Adil
Di dunia ini
Bukan semuanya manis seperti madu
Ada juga yang pahit bagaikan hempedu
Ya Allah
Ana tidak ingin lagi
Peristiwa ini berlaku lagi
Namun,
Kifarah dosa-dosa kita
Allah lebih tahu segalanya!
Ana redha YA ALLAH..

Suatu hari yang hening
Ana dengan seorang sahabat
Berdua berjalan ke Larkin
menemaninya membeli hadiah buat umminya
kerana Aidilfitri bakal menjelma
sungguh tidak disangka
dalam keriangan kami
untuk pulang berhari raya
Allah memberi dugaan yang hebat.

Ketika dalam perjalanan pulang
Seorang memegang kemas hadiah buat keluarganya
Seorang lagi memegang erat Solusi kesayangan
Sampai di hadapan sebuah sekolah
Kami melihat
Dua orang lelaki dewasa sedang berbicara rancaknya
Seorang di atas motor
Seorang lagi berdiri tegaknya
Kami terus melangkah
Tidak mempedulikan mereka
Tidak juga melirik ke arah mereka
Tetapi, ana seperti terlihat
Mereka melihat-lihat ke arah kami
Kami terus berjalan
Tidak berprasangka buruk.

Peribahasa Melayu ada mengatakan,
Malang tidak berbau!
Sewaktu hampir sampai
di tangga belakang sebuah restoran
seorang lelaki tiba-tiba datang
meletakkan motornya di hadapan tangga
lelaki bertubuh besar
di atas motor besar
di jalan yang besar
terkejut kami!
Ana tiba-tiba teringat,
“Bukan ke dia lelaki tadi?”

Dia tiba-tiba sahaja
Memarahi kami
Tetapi tidak kami fahami
Menunjukkan tangannya ke suatu arah
Seperti tidak membenarkan kami untuk lalu di situ
Kami beralih untuk berlalu
Berniat menggunakan jalan yang lain
Kerana marahnya lelaki tersebut
Seperti jalan itu kepunyaan ayahnya!

Tiba-tiba!!!
Dia memanggil kami
Dengan muka penuh amarah
Lagaknya seperti mahu mendekati
Mahu menerkam!
Muka yang penuh dengan niat yang tidak baik
Dengan tangan seperti mahu menangkap
Apa lagi?
Kami berlari sekuat hati
Tidak toleh ke belakang lagi!

Tiba sahaja di tepi jalan besar
Kami melihat
Kalau-kalau lelaki tersebut masih ada
Masih mengejar
Ternyata dia tidak lagi mengejar!

YA ALLAH!
Allah sahaja yang mengetahui
Betapa takutnya ketika itu
Betapa gementarnya jiwa dan jasad
Bagaimana sekiranya dia berjaya
Menangkap kami
Ana tidak dapat bayangkan
Apa yang akan terjadi!
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH!!!

Allah telah menyelamatkan kami
Dari bahaya yang dahsyat
Alhamdulillah syukron subhanallah!!!

ALLAH ITU MAHA MENGASIHANI
Dia mentarbiyah kita dengan pelbagai cara
Peristiwa ini sebagai iktibar
Agar beringat sentiasa
Janganlah kita keluar berseorangan
Walaupun untuk jarak yang dekat
Walaupun ana juga pernah
Kerana keadaan yang memaksa
Terlalu emergency!
Cuma doa yang mengiringi
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

ALLAH sangat pemurah
ALLAH sangat adil
ALLAH sangat mengetahui.
SAMA-SAMALAH KITA MUHASABAH DIRI KITA!
Semoga menjadi yang lebih baik.
InsyaAllah!

p/s: oxymoron- benda yang berlawanan, kontra
eg; cinta tapi benci!


Friday 27 August 2010

THANK YOU ALLAH



Thank You Allah (RAIHAN)

The sky is clear
The air is clean
The land is green
Thank you Allah

The path we walk
The lines we talk
The thing we see
Thank you Allah
Thank you Allah

Say Thank You Allah
Thank You Allah

Bila When I sleep
When I eat
When I breath
Thank You Allah
Thank You Allah

Say Thak You Allah
Thank You Allah

In the night or in the day
Every morning after prayer
I'll never forget to say thank you

There are times when I'm alone
Feel alright or not so strong
I'll pray to you and say
Thank You Allah
Thank You Allah

So friends everytime remember
Allah The Most Merciful
Say Thank you Allah
Thank You Allah

________________________________________________


TERIMA KASIH YA ALLAH
tidak terucap sepatah kata
hati tiba-tiba teringat
walaupun kerja yang sangat banyak
namun Kau berikan jalan
untuk kami setiap kali
kerana komitmen yang sangat
tinggi diperlukan
setiap masalah berakhir
dengan jayanya.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH
"I asked for strength,
and ALLAH gave me difficulties to make me strong."

Allah tidak memberi direct apa yang kita pinta,
tetapi Dia memberi ujian untuk menjadikan kita
hamba yang lebih baik.
Subhanallah!
sungguh cantik percaturan ALLAH.
"...boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,
padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi
kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak
baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui."
(al-Baqarah:216)


"...boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak
padanya."
(an-Nisa':19)

SYUKRAN YA ALLAH
kerana masih memberi
peluang untuk kami..
bernafas pada setiap ketika
banyaknya dosa kami Ya Allah..
ampunkan kami ya Allah.
bantulah kami
tanpa rahmatMu Ya Allah..
tidak mungkin kami pada
hari ini.
kotornya hati kami Ya Allah..
bantu kami untuk
menghilangkan titik-titik dosa itu..
yang menghalangi kami dari hidayahMu.
Ya Allah..
aku insan lemah
yang perlu perhatianMu
bantu kami Ya Allah....
Subhanallah!

Thursday 26 August 2010

NASIHAT UKHTI COMEL


Sebenarnya, hidup ini banyak mengajar
dan sekali gus mentarbiyah diri kita untuk
menjadi hamba yang lebih baik.
Setiap pengalaman yang didapati menjadikan
kita lebih matang dan lebih bersedia untuk
menjejakkan kaki ke kampung akhirat.
Salah satunya, ada seorang
“hamba Allah” yang selalu memberi nasihat
dan tunjuk ajar walaupun jasad kami jauh
antara satu sama lain tetapi hati kami diikat
kerana ALLAH. Antara nasihat ukhti comel:

Dear ..., hati-hatilah dengan siapa pun. Bujang, berkahwin, muda apatah lagi tua. Kerana mata yang melihat selalu menipu, telinga mendengar selalu asyik, mulut berbicara selalu manis. Jaga Allah InsyaAllah Allah datangkan yang baik-baik. Pesan kat kawan-kawan, muslimin yang baik , akan sentiasa menjaga pandangan jauh sekali bercakap bertentang mata apatah lagi membuka tirai. Jangan mudah terpedaya. Elak bagi ruang dan peluang. Kerana lambat laun, manusia mudah kalah. Akak risau nak tinggalkan adik-adik akak yang baru datang ke dunia remaja yang penuh dugaan..hadapi dengan tenang dan penuh mujahadah ok? ;>
Sent: 12:29:23 am, 23/10/09.


Wahai pemudi Islam! Fahamilah dakwah dengan betul! Berjalanlah atas manhaj yang benar! Sistem yang berterusan bertunjangkan fikrah Islam yang tulin! Kerana sesungguhnya, Nabi berpesan, selagi tiada Khalifah di atas muka bumi, maka seluruh umat Islam menanggung azab dosa yang berterusan.siapa yang masih teragak-agak dan berdolak dalih, tentera Islam akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3 : 126)- ini jalan kamu wahai pemuda: As- Syahid Hassan Al- Banna..Renungkanlah..
Sent: 07:33:43 pm, 18/1/10.


HIKMAH: Bagi seorang manusia harta yang paling indah ialah sabar, teman yang paling akrab adalah amal dan pengawal yang paling waspada adalah diam.
Sent: 11:16:39 am, 31/1/10.


Kalau stress banyak ingat mati.. bila ingat mati tiba-tiba, nak stress pun InsyaAllah jadi redho banyak benda sebab ingat umur tak panjang.. solatlah, jumpa Allah, mintak penawar pada yang Pemberi stress.. Ngadulah apa nak ngadu.. Allah bagi masalah supaya kita banyak ingat Dia.. bila senang, manusia mudah lupa Pencipta. Fitrah manusia. So kena berbaik sangka pada Allah ;>
Sent: 11:01:38 pm, 6/3/10.


Lumrah ... Perempuan dengan lelaki ni macam magnet. Kalau kita jenis tak mesra dangan lelaki, jangan ajar nak mesra. InsyaAllah lelaki akan segan dengan kita. InsyaAllah terpelihara sikit.. pastu jangan ingat budak-budak lelaki ... je, pensyarah, pekerja ... pun sama ulat bulu. Kalau berurusan dengan lelaki, jangan panggil ‘abang’ tapi biasakan ’encik’ atau ‘cik’ atau ‘pakcik’.. nanti lelaki tahu batas dah dengan kita. Bukan senang nak solehah.. luahlah dalam blog tentang hari sukan tu.. itulah guna blog.. maybe kita ada follower senyap yang ikut perkembangan kita.. puisi akak yang masuk solusi18 ada dalam blog. Kalau akak, bloglah tempat luah perasaan pastu ada pula kaki yang buat link dan post kat fb dia.. so InsyaAllah akan ada yang membacanya.. niat kerana Allah moga semua dapat manfaat ;>
Sent: 01:18:22 pm, 1/5/10.


Macam akak juga. Dulu foundation semua perempuan, tak nampak lagi. Tiba-tiba datang ..., maka kenalah bila dah campur dengan lelaki.. tapi ingat sayang.. kita doa Allah lindung kita. Jangan uji kita macam tu. Jangan terlalu benci.. anggap mereka manusia biasa yang perlu dikasihani dan mereka perlu doa kita ;>
Sent: 01:33:56 pm, 1/5/10.


insyaAllah jodoh ni ... datang bila-bila dan tepat pada masanya.. InsyaAllah Allah bagi kita yang memang sekufu dengan kita.. banyak lelaki soleh tetapi kita tak berada dalam kalangan mereka.. doa jangan putus asa dipertemukan dengan lelaki yang lebih kuat iman dari kita, lebih segalanya kerana kecenderungan perempuan ikut lelaki sangat tinggi.. amal doa pengasih, supaya Allah temukan dengan lelaki yang mencintai Allah lebih dari segalanya.. tahukan doa tu? Soal jodoh jangan risau, berdoa je. Akak start doa sejak zaman sekolah.. ustazah pesan. Alhamdulillah suami akak seorang yang tak pernah couple dan sangat keras dengan perempuan.. mak mertua selalu cerita zaman muda suami akak macam mana... dia bukan hebat, tapi akak suka cara dia amal dengan apa ilmu yang dia ada walaupun sikit. So, ... kena doa dan terus berdoa ;>
Sent: 12:59:32 am, 2/5/10.

Wednesday 28 April 2010

YA ALLAH!! JADIKAN KAMI MUSLIMAH SEJATI..



YA ALLAH...
Jadikanlah aku hamba mu yang Soleh dan Solehah..
Dekatkanlah aku dengan insan-insan yang terbaik..
Jadikan aku seorang yang tidak jemu untuk memcari cinta MU..YA ALLAH..
Sesungguhnya..cinta hati ini hanya untuk MU..
Hidup dan mati ku hanya untuk MU YA ALLAH..SUBHANALLAH!!
Bantulah hambaMu ini...Aku mohon!!
Aku mohon untuk mencintai dan menyayangiMu....

YA ALLAH
Aku tidak mahu tenggelam..
Tenggelam dalam kemewahan dunia,
Hanyut dibuai keseronokan sementara..
Kerana itu bukan matlamatku..
Bukan jua keinginanku..

Aku ingin YA ALLAH..
Ingin sekali...
Bertemu dalam usrah cinta,
Bersahabat seikhlas hati,
Hanya keranaMu..
Hanya kerana ALLAH..

Aku impikan YA ALLAH..
Hati-hati kami diikat,
Dalam halaqoh memuji kebesaranMu,
Walau dilanda ombak dan badai,
Hati-hati ini tetap kukuh,
Menyulam kasih dan cinta,
mengasihi kerana ALLAH..
SUBHANALLAH!!

De'Hearty~Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
________________________________________



Renungkanlah...

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.."
(Mutafaq 'alaih)


YA ALLAH!!! JADIKAN KAMI MUSLIMAH YANG SEJATI..
INSAN YANG SELALU MENEGAKKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR..
SEMOGA....
KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAHNYA..
BERDOALAH WAHAI MUSLIMAH..INSYAALLAH...

YA UKHTI..
AKU MENCINTAI KALIAN KERANA ALLAH..
AKU TIDAK MEMINTA UNTUK DIBALAS..
MAHUPUN UNTUK DIPUJA..
AKU HANYA MENGHARAP REDHA-NYA...
SEMOGA KALIAN SENTIASA BAHAGIA..
AKU AKAN SELALU MENDOAKAN KALIAN..
MUSLIMAH SEJATI..
YANG SELALU DIINGATI..
DAN SENTIASA DIRINDUI..
INSYAALAH..
PELIHARALAH DIRIMU SEBAIK-BAIKNYA..
KERANA SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH
WANITA SOLEHAH...

AKU SANGAT MENCINTAI KALIAN..
WAHAI WANITA SOLEHAH..
INGATLAH SAHABAT KESAYANGANKU!!
WANITA ITU SENDIRI ADALAH RAHSIA!!!~

Sunday 25 April 2010

INSYAALLAH..ALHAMDULILLAH..


InsyaAllah..Alhamdulillah..
Dengan berbekalkan seberkas niat..
segunung harapan
dan secebis waktu..
apa jua yang diidamkan..
kini sudah menjadi kenyataan..
Masa untuk berkongsi ilmu!!
InsyaAllah..Alhamdulillah..!
Mari kita suburkan Islam di hati!!
Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rabb.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti saidatina Aisyah, puterinya Saidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai angkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.


INSYAALLAH..ALHAMDULILLAH..