Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ASSALAMU'ALAIKUM.. ;)

Sunday 12 December 2010

~HADITH 40 IMAM NAWAWI>> HADITH 12~




Syarah Hadith Empat Puluh, Syeikh Imam An-Nawawi.Buku ini menghuraikan secara ringkas 42 buah hadith
himpunan Imam An-Nawawi yang dikenali di dunia Islam
sebagai Hadith Arba'in Nawawiyyah.

Saya memilih Hadith ke-12 untuk dikongsi bersama
para pembaca yang dikasihi Allah. Subhanallah!~

~HADITH 12~
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ

إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna." (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan selainnya seperti ini)

Hadith hasan ini dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi dalam kitab zuhud (Bab: Orang yang berbicara tentang sesuatu yang tidak bermanfaat baginya), nombor 2318. Ibnu Majah meriwayatkannya dalam kitab Al-Fitan (Bab: Menjaga lidah dari memfitnah), nombor 3976.


A. KEDUDUKAN HADITH
Abu Hurairah ra mengkhabarkan kepada kami: "Ini merupakan keharusan seorang nabi dan darinya diambil akhlaq nabi." Dengan hadith ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita dengan kalimah yang ringkas, yang memberi manfaat serta mencakupi kebaikan di dunia dan kebahagiaan akhirat, maka dengan demikian, beliau berkata dengan sebenarnya. Sebagaimana diperkatakan oleh para ulama': "Perkataan Nabi SAW itu ringkas dan padat, dan tidak ada seorang pun sebelumnya yang menyamainya dalam perkataannya, di mana perkataan beliau mencakupi setengah agama, kerana agama adalah mengamalkan dan meninggalkan, dan hadith ini menjelaskan tentang apa yang harus ditinggalkan."

Sebahagian dari kalangan mereka berkata: "Hadith ini meliputi seluruh agama kerana ia menyatakan apa yang harus ditinggalkan dan menunjukkan apa yang harus dikerjakan."

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata: "Hadith ini merupakan dasar yang tinggi darjatnya bagi adab."

Abu Daud berkata: "Dasar sunnah dalam setiap ilmu ada empat", dan beliau menyebutkan hadith ini. (Syarah Ibnu Daqiq Al-I'ed, untuk hadith Arba'in.)


B. INTISARI HADITH
1. Seorang Muslim haruslah meninggalkan segala sesuatu yang tidak berguna dan
berlebih-lebihan, sama ada berupa perkataan, perbuatan mahu pun fikiran.

2. Seorang Muslim hendaklah menyibukkan diri dalam hal-hal yang penting dan
bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

3. Orang yang sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna baginya, maka berkuranglah
imannya atau tidak sempurnalah imannya.


C. TAFSIR HADITH
Hadith ini menerangkan bahawa orang yang tidak meninggalkan sesuatu yang tidak berguna dan bermanfaat adalah orang yang lemah imannya. Maka di antara tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna baginya, baik berupa perkataan, perbuatan dan fikiran, yang tidak ada hubungannya bagi dunia dan Ad-Dinul Islam.

Oleh kerana itu seseorang Muslim hendaklah memerhatikan segala sesuatu yang berhubungan dengan kemaslahatan hidupnya demi kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat. Hal ini adalah mudah bagi orang yang mendapat taufiq dari Allah. Maka orang yang mementingkan kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat, nescaya jauhlah ia dari perkara yang sia-sia dan tidak berguna.

Luqman Al-Hakim berkata: "Keutamaan itu ialah perkataan yang benar (jujur), melaksanakan amanah dan meninggalkan yang tidak berguna."

Dipetik dari: (Hadith 40 Imam Nawawi, olahan Muhammad Bukhari, 2010)


~LAYAR KEINSAFAN~




Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
_____________________________________________________

Saya ingin menjadi bak pokok kelapa. Setiap bahagian bermanfaat buat semua. Selain itu, pokok kelapa merupakan tazkirah terbaik buat saya. Apabila saya melihat pokok kelapa, hati terasa sebak dan insaf. Tengoklah, buahnya boleh luruh tanpa mengira muda atau tua. Hal ini mengingatkan saya bahawa kematian itu terlalu hampir dengan kita. Bila-bila masa sahaja, di mana jua. Tua atau muda, Allah berhak menjemput kita. Saya takut sangat jika Allah memanggil saya dalam keadaan masih banyak dosa.
Dipetik dari: (Tautan Hati, Fatimah Syarha).

Friday 10 December 2010

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Bismillah...



Fudhail bin Iyadh ditanya, "Wahai Aba Ali, bila seseorang itu soleh?" Dia berkata, "Jika nasihat pada niatnya, takut dalam hatinya, jujur apabila berkata dan amal soleh nampak pada anggota badannya."

Ketika Nabi SAW mikraj, Allah berfirman kepada Nabi SAW, "Ya Muhammad! Jika kau ingin paling warak, zuhudlah akan dunia dan cintailah akhirat." Nabi SAW berkata, "Tuhanku, bagaimana aku zuhud akan dunia?" Allah berfirman, "Ambillah dunia sebagai makanan, minuman dan pakaian. Jangan kau ambil untuk esok dan selalulah berzikir pada-Ku."

Nabi SAW berkata, "Ya Tuhan, bagaimana aku zikir pada-Mu?" Allah berfirman, "Dengan menjauhkan diri daripada manusia. Jadikan solat sebagai tidurmu dan lapar sebagai makananmu."

Rasulullah SAW bersabda, "Zuhud akan dunia meringankan hati dan badan. Dan mrnyintainya memperbanyak kedudukan dan keprihatinan. Suka dunia adalah sumber segala kesalahan. Dan zuhud akan dia adalah sumber segala kebaikan dan ketaatan."

Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya, "Adakah setiap kamu ingin masuk Syurga?" Mereka menjawab, "Ya." Kemudian Rasulullah SAW bersabda, "Pendekkan angan-anganmu dan malulah kepada Allah dengan sesungguhnya." Mereka berkata, "Kami telah malu kepada Allah."

Rasulullah SAW bersabda:

"Demikian itu bukanlah malu. Akan tetapi malu kepada Allah adalah hendaknya engkau mengingati kubur dan seksanya, menjaga perut dan isinya serta kepala dan isinya pula. Siapa ingin kemuliaan Akhirat, ia tinggalkan perhiasan dunia. Di sanalah malu seorang hamba kepada Allah yang sesungguhnya dan dengan itu ia akan mendapat wilayah (kekuasaan) Allah."

Juga Baginda SAW bersabda:

"Permulaan kebaikan umat ini adalah dengan zuhud dan yakin dan akhir kehancurannya adalah sebab bakhil dan berangan-angan panjang."

Dipetik dari: (Imam al-Ghazali, Penenang Jiwa).
____________________________________________________

Ya Allah..
kami ingin sabar..
kami ingin sekali zuhud kepadaMu..
Ya Rahman..Ya Rahim..
Ampunilah dosa kedua orang tua kami..

Ya Allah..
dunia adalah untuk mencari cintaMu...
RedhaMu membawa ke syurga..
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku..

Ya Allah..
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Aku ingin lepas dari kebatilan sambil berlari menuju kebenaran.
Dunia ini menawarkan kenikmatan.
Syaitan dan Malaikat saling bergelut.
berebut hendak menguasai diri.
Semoga terus berdiri kukuh di lembaran dakwah dan tarbiyah...
amin.

~DOA RABITAH~

Ya Allah
Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berkumpul kerana Mengasihi-Mu
bertemu untuk mematuhi perintah-Mu
bersatu memikul beban daqwah-Mu.



Hati-hati ini
telah mengikat janji-janji setia
untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu
maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.




Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini.
Tunjuklah kepada hati-hati ini
akan jalanMu (yang sebenar).




Penuhkan (piala) hati ini
dengan cahaya Rabbani-Mu
yang tidak kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini
dengan limpahan iman/keyakinan
dan keindahan tawakkal kepada-Mu.




Hidup suburkan hati-hati ini
dengan makrifat (pengetahuan sebenar)
tentang Mu.
(Jika Engkau mentakdirkan mati)
maka matikanlah pemilik hati-hati ini
sebagai para syuhada'
dalam perjuangan agama-Mu.




Engkaulah sebaik-baik sandaran
dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah, perkenankanlah
permintaan ini.