Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ASSALAMU'ALAIKUM.. ;)

Wednesday 28 April 2010

YA ALLAH!! JADIKAN KAMI MUSLIMAH SEJATI..



YA ALLAH...
Jadikanlah aku hamba mu yang Soleh dan Solehah..
Dekatkanlah aku dengan insan-insan yang terbaik..
Jadikan aku seorang yang tidak jemu untuk memcari cinta MU..YA ALLAH..
Sesungguhnya..cinta hati ini hanya untuk MU..
Hidup dan mati ku hanya untuk MU YA ALLAH..SUBHANALLAH!!
Bantulah hambaMu ini...Aku mohon!!
Aku mohon untuk mencintai dan menyayangiMu....

YA ALLAH
Aku tidak mahu tenggelam..
Tenggelam dalam kemewahan dunia,
Hanyut dibuai keseronokan sementara..
Kerana itu bukan matlamatku..
Bukan jua keinginanku..

Aku ingin YA ALLAH..
Ingin sekali...
Bertemu dalam usrah cinta,
Bersahabat seikhlas hati,
Hanya keranaMu..
Hanya kerana ALLAH..

Aku impikan YA ALLAH..
Hati-hati kami diikat,
Dalam halaqoh memuji kebesaranMu,
Walau dilanda ombak dan badai,
Hati-hati ini tetap kukuh,
Menyulam kasih dan cinta,
mengasihi kerana ALLAH..
SUBHANALLAH!!

De'Hearty~Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk

Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa

Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
________________________________________



Renungkanlah...

"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.."
(Mutafaq 'alaih)


YA ALLAH!!! JADIKAN KAMI MUSLIMAH YANG SEJATI..
INSAN YANG SELALU MENEGAKKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR..
SEMOGA....
KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAHNYA..
BERDOALAH WAHAI MUSLIMAH..INSYAALLAH...

YA UKHTI..
AKU MENCINTAI KALIAN KERANA ALLAH..
AKU TIDAK MEMINTA UNTUK DIBALAS..
MAHUPUN UNTUK DIPUJA..
AKU HANYA MENGHARAP REDHA-NYA...
SEMOGA KALIAN SENTIASA BAHAGIA..
AKU AKAN SELALU MENDOAKAN KALIAN..
MUSLIMAH SEJATI..
YANG SELALU DIINGATI..
DAN SENTIASA DIRINDUI..
INSYAALAH..
PELIHARALAH DIRIMU SEBAIK-BAIKNYA..
KERANA SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH
WANITA SOLEHAH...

AKU SANGAT MENCINTAI KALIAN..
WAHAI WANITA SOLEHAH..
INGATLAH SAHABAT KESAYANGANKU!!
WANITA ITU SENDIRI ADALAH RAHSIA!!!~

Sunday 25 April 2010

INSYAALLAH..ALHAMDULILLAH..


InsyaAllah..Alhamdulillah..
Dengan berbekalkan seberkas niat..
segunung harapan
dan secebis waktu..
apa jua yang diidamkan..
kini sudah menjadi kenyataan..
Masa untuk berkongsi ilmu!!
InsyaAllah..Alhamdulillah..!
Mari kita suburkan Islam di hati!!
Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rabb.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti saidatina Aisyah, puterinya Saidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai angkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.


INSYAALLAH..ALHAMDULILLAH..