
YA ALLAH...
Jadikanlah aku hamba mu yang Soleh dan Solehah..
Dekatkanlah aku dengan insan-insan yang terbaik..
Jadikan aku seorang yang tidak jemu untuk memcari cinta MU..YA ALLAH..
Sesungguhnya..cinta hati ini hanya untuk MU..
Hidup dan mati ku hanya untuk MU YA ALLAH..SUBHANALLAH!!
Bantulah hambaMu ini...Aku mohon!!
Aku mohon untuk mencintai dan menyayangiMu....
YA ALLAH
Aku tidak mahu tenggelam..
Tenggelam dalam kemewahan dunia,
Hanyut dibuai keseronokan sementara..
Kerana itu bukan matlamatku..
Bukan jua keinginanku..
Aku ingin YA ALLAH..
Ingin sekali...
Bertemu dalam usrah cinta,
Bersahabat seikhlas hati,
Hanya keranaMu..
Hanya kerana ALLAH..
Aku impikan YA ALLAH..
Hati-hati kami diikat,
Dalam halaqoh memuji kebesaranMu,
Walau dilanda ombak dan badai,
Hati-hati ini tetap kukuh,
Menyulam kasih dan cinta,
mengasihi kerana ALLAH..
SUBHANALLAH!!
De'Hearty~Wanita
Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
________________________________________
Renungkanlah...
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.."
(Mutafaq 'alaih)
YA ALLAH!!! JADIKAN KAMI MUSLIMAH YANG SEJATI..
INSAN YANG SELALU MENEGAKKAN AMAR MAKRUF DAN NAHI MUNKAR..
SEMOGA....
KITA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG MENDAPAT PETUNJUK DAN HIDAYAHNYA..
BERDOALAH WAHAI MUSLIMAH..INSYAALLAH...
YA UKHTI..
AKU MENCINTAI KALIAN KERANA ALLAH..
AKU TIDAK MEMINTA UNTUK DIBALAS..
MAHUPUN UNTUK DIPUJA..
AKU HANYA MENGHARAP REDHA-NYA...
SEMOGA KALIAN SENTIASA BAHAGIA..
AKU AKAN SELALU MENDOAKAN KALIAN..
MUSLIMAH SEJATI..
YANG SELALU DIINGATI..
DAN SENTIASA DIRINDUI..
INSYAALAH..
PELIHARALAH DIRIMU SEBAIK-BAIKNYA..
KERANA SEBAIK-BAIK PERHIASAN ADALAH
WANITA SOLEHAH...
AKU SANGAT MENCINTAI KALIAN..
WAHAI WANITA SOLEHAH..
INGATLAH SAHABAT KESAYANGANKU!!
WANITA ITU SENDIRI ADALAH RAHSIA!!!~