Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ASSALAMU'ALAIKUM.. ;)

Thursday, 26 August 2010

NASIHAT UKHTI COMEL


Sebenarnya, hidup ini banyak mengajar
dan sekali gus mentarbiyah diri kita untuk
menjadi hamba yang lebih baik.
Setiap pengalaman yang didapati menjadikan
kita lebih matang dan lebih bersedia untuk
menjejakkan kaki ke kampung akhirat.
Salah satunya, ada seorang
“hamba Allah” yang selalu memberi nasihat
dan tunjuk ajar walaupun jasad kami jauh
antara satu sama lain tetapi hati kami diikat
kerana ALLAH. Antara nasihat ukhti comel:

Dear ..., hati-hatilah dengan siapa pun. Bujang, berkahwin, muda apatah lagi tua. Kerana mata yang melihat selalu menipu, telinga mendengar selalu asyik, mulut berbicara selalu manis. Jaga Allah InsyaAllah Allah datangkan yang baik-baik. Pesan kat kawan-kawan, muslimin yang baik , akan sentiasa menjaga pandangan jauh sekali bercakap bertentang mata apatah lagi membuka tirai. Jangan mudah terpedaya. Elak bagi ruang dan peluang. Kerana lambat laun, manusia mudah kalah. Akak risau nak tinggalkan adik-adik akak yang baru datang ke dunia remaja yang penuh dugaan..hadapi dengan tenang dan penuh mujahadah ok? ;>
Sent: 12:29:23 am, 23/10/09.


Wahai pemudi Islam! Fahamilah dakwah dengan betul! Berjalanlah atas manhaj yang benar! Sistem yang berterusan bertunjangkan fikrah Islam yang tulin! Kerana sesungguhnya, Nabi berpesan, selagi tiada Khalifah di atas muka bumi, maka seluruh umat Islam menanggung azab dosa yang berterusan.siapa yang masih teragak-agak dan berdolak dalih, tentera Islam akan terus berjalan meninggalkannya tanpa mengira sedikit atau ramai (3 : 126)- ini jalan kamu wahai pemuda: As- Syahid Hassan Al- Banna..Renungkanlah..
Sent: 07:33:43 pm, 18/1/10.


HIKMAH: Bagi seorang manusia harta yang paling indah ialah sabar, teman yang paling akrab adalah amal dan pengawal yang paling waspada adalah diam.
Sent: 11:16:39 am, 31/1/10.


Kalau stress banyak ingat mati.. bila ingat mati tiba-tiba, nak stress pun InsyaAllah jadi redho banyak benda sebab ingat umur tak panjang.. solatlah, jumpa Allah, mintak penawar pada yang Pemberi stress.. Ngadulah apa nak ngadu.. Allah bagi masalah supaya kita banyak ingat Dia.. bila senang, manusia mudah lupa Pencipta. Fitrah manusia. So kena berbaik sangka pada Allah ;>
Sent: 11:01:38 pm, 6/3/10.


Lumrah ... Perempuan dengan lelaki ni macam magnet. Kalau kita jenis tak mesra dangan lelaki, jangan ajar nak mesra. InsyaAllah lelaki akan segan dengan kita. InsyaAllah terpelihara sikit.. pastu jangan ingat budak-budak lelaki ... je, pensyarah, pekerja ... pun sama ulat bulu. Kalau berurusan dengan lelaki, jangan panggil ‘abang’ tapi biasakan ’encik’ atau ‘cik’ atau ‘pakcik’.. nanti lelaki tahu batas dah dengan kita. Bukan senang nak solehah.. luahlah dalam blog tentang hari sukan tu.. itulah guna blog.. maybe kita ada follower senyap yang ikut perkembangan kita.. puisi akak yang masuk solusi18 ada dalam blog. Kalau akak, bloglah tempat luah perasaan pastu ada pula kaki yang buat link dan post kat fb dia.. so InsyaAllah akan ada yang membacanya.. niat kerana Allah moga semua dapat manfaat ;>
Sent: 01:18:22 pm, 1/5/10.


Macam akak juga. Dulu foundation semua perempuan, tak nampak lagi. Tiba-tiba datang ..., maka kenalah bila dah campur dengan lelaki.. tapi ingat sayang.. kita doa Allah lindung kita. Jangan uji kita macam tu. Jangan terlalu benci.. anggap mereka manusia biasa yang perlu dikasihani dan mereka perlu doa kita ;>
Sent: 01:33:56 pm, 1/5/10.


insyaAllah jodoh ni ... datang bila-bila dan tepat pada masanya.. InsyaAllah Allah bagi kita yang memang sekufu dengan kita.. banyak lelaki soleh tetapi kita tak berada dalam kalangan mereka.. doa jangan putus asa dipertemukan dengan lelaki yang lebih kuat iman dari kita, lebih segalanya kerana kecenderungan perempuan ikut lelaki sangat tinggi.. amal doa pengasih, supaya Allah temukan dengan lelaki yang mencintai Allah lebih dari segalanya.. tahukan doa tu? Soal jodoh jangan risau, berdoa je. Akak start doa sejak zaman sekolah.. ustazah pesan. Alhamdulillah suami akak seorang yang tak pernah couple dan sangat keras dengan perempuan.. mak mertua selalu cerita zaman muda suami akak macam mana... dia bukan hebat, tapi akak suka cara dia amal dengan apa ilmu yang dia ada walaupun sikit. So, ... kena doa dan terus berdoa ;>
Sent: 12:59:32 am, 2/5/10.

No comments:

Post a Comment