
2 HARI YANG MEMBERI PENGAJARAN
SUBHANALLAH!
Allah Maha Besar
ALLAH Maha Mengetahui
Sebelum ana pulang ke kampung
Untuk meraikan Aidilfitri 1431 H
Terjadi 2 peristiwa penting
Yang sangat-sangat memberi iktibar
Dia mentarbiyah kita
Untuk menjadi sekuat mungkin
Seteguh yang bisa.
Bagaikan oxymoron, sangat kontra!
Peristiwa pertama dan peristiwa kedua
Kenangan manis dan pahit..
PERISTIWA PERTAMA...
Hati melonjak gembira
Apabila diberitahu
Ummi Muhaini mahu kami
Untuk meminta derma di BBU
Sesungguhnya,
Diri ini tidak pernah meminta derma
Sebelum ini.
Apatah lagi kutipan ini
Adalah untuk Lifeline 4 Gaza
Untuk saudara kita di Palestin!
Subhanallah!
Ana merasakan
Diri ini sedang berjihad bersama mereka
Menentang Zionis terkutuk
Ya Allah!
Sungguh hebat perasaan ini.
Berjalanlah kami 5 sahabat
Bertiga dan berdua
Berpecah di Bazar BBU
Bersebelahan masjid
Memegang tabung amanah
Mencari derma sebanyak mungkin
Menambah pahala seberat mungkin.
Banyak yang terjadi
Hampir menitiskan air mata
Melihat betapa luhurnya mereka
Mereka yang sudi menghulurkan sumbangan
Tidak kira banyak ataupun sedikit
Keikhlasan itu yang paling penting.
Yang mengejutkan
Bukan sahaja yang bertudung
Yang berjilbab
Yang bertudung labuh litup
Yang bercouple, berpakaian seksi
Mahupun yang ala-ala black metal
Turut memberikan sumbangan mereka
Ana belajar satu perkara..
Don’t judge a book by its cover!
Melihat mereka yang sudi menghulurkan bantuan
Ana jadi teringat dan tertanya-tanya
Apakah kita juga akan berbuat begitu
Apabila ada insan yang datang untuk meminta sedikit sumbangan
Dari kita?
Adakah kita akan menjadi sepemurah mereka?
Ramai yang tersenyum melihat gelagat kami
Yang berdiri berhadapan gerai menjual air
Bibir yang tidak lekang dengan senyuman
Yang tidak putus dengan ucapan “terima kasih”
Menunggu para penderma budiman.
Pada mulanya kami agak malu
Namun,
Perasaan itu berjaya dikikis
Apabila melihat ramainya orang
Yang turut tersenyum
Semangat kami terus membara
Untuk terus berdiri tersenyum dan berterima kasih
Kepada para dermawan.
Kami berbuka dan bersolat di masjid BBU
Maghrib, Isya’, Tarawih dan Witir
Sangat bahagia ketika itu.
Itulah peristiwa yang sangat manis
Yang sangat-sangat memberi pengajaran.
PERISTIWA KEDUA...
Allah Maha Adil
Di dunia ini
Bukan semuanya manis seperti madu
Ada juga yang pahit bagaikan hempedu
Ya Allah
Ana tidak ingin lagi
Peristiwa ini berlaku lagi
Namun,
Kifarah dosa-dosa kita
Allah lebih tahu segalanya!
Ana redha YA ALLAH..
Suatu hari yang hening
Ana dengan seorang sahabat
Berdua berjalan ke Larkin
menemaninya membeli hadiah buat umminya
kerana Aidilfitri bakal menjelma
sungguh tidak disangka
dalam keriangan kami
untuk pulang berhari raya
Allah memberi dugaan yang hebat.
Ketika dalam perjalanan pulang
Seorang memegang kemas hadiah buat keluarganya
Seorang lagi memegang erat Solusi kesayangan
Sampai di hadapan sebuah sekolah
Kami melihat
Dua orang lelaki dewasa sedang berbicara rancaknya
Seorang di atas motor
Seorang lagi berdiri tegaknya
Kami terus melangkah
Tidak mempedulikan mereka
Tidak juga melirik ke arah mereka
Tetapi, ana seperti terlihat
Mereka melihat-lihat ke arah kami
Kami terus berjalan
Tidak berprasangka buruk.
Peribahasa Melayu ada mengatakan,
Malang tidak berbau!
Sewaktu hampir sampai
di tangga belakang sebuah restoran
seorang lelaki tiba-tiba datang
meletakkan motornya di hadapan tangga
lelaki bertubuh besar
di atas motor besar
di jalan yang besar
terkejut kami!
Ana tiba-tiba teringat,
“Bukan ke dia lelaki tadi?”
Dia tiba-tiba sahaja
Memarahi kami
Tetapi tidak kami fahami
Menunjukkan tangannya ke suatu arah
Seperti tidak membenarkan kami untuk lalu di situ
Kami beralih untuk berlalu
Berniat menggunakan jalan yang lain
Kerana marahnya lelaki tersebut
Seperti jalan itu kepunyaan ayahnya!
Tiba-tiba!!!
Dia memanggil kami
Dengan muka penuh amarah
Lagaknya seperti mahu mendekati
Mahu menerkam!
Muka yang penuh dengan niat yang tidak baik
Dengan tangan seperti mahu menangkap
Apa lagi?
Kami berlari sekuat hati
Tidak toleh ke belakang lagi!
Tiba sahaja di tepi jalan besar
Kami melihat
Kalau-kalau lelaki tersebut masih ada
Masih mengejar
Ternyata dia tidak lagi mengejar!
YA ALLAH!
Allah sahaja yang mengetahui
Betapa takutnya ketika itu
Betapa gementarnya jiwa dan jasad
Bagaimana sekiranya dia berjaya
Menangkap kami
Ana tidak dapat bayangkan
Apa yang akan terjadi!
YA ALLAH YA ALLAH YA ALLAH!!!
Allah telah menyelamatkan kami
Dari bahaya yang dahsyat
Alhamdulillah syukron subhanallah!!!
ALLAH ITU MAHA MENGASIHANI
Dia mentarbiyah kita dengan pelbagai cara
Peristiwa ini sebagai iktibar
Agar beringat sentiasa
Janganlah kita keluar berseorangan
Walaupun untuk jarak yang dekat
Walaupun ana juga pernah
Kerana keadaan yang memaksa
Terlalu emergency!
Cuma doa yang mengiringi
Untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.
ALLAH sangat pemurah
ALLAH sangat adil
ALLAH sangat mengetahui.
SAMA-SAMALAH KITA MUHASABAH DIRI KITA!
Semoga menjadi yang lebih baik.
InsyaAllah!
p/s: oxymoron- benda yang berlawanan, kontra
eg; cinta tapi benci!

takutnye bace...takpe insyaAllh Allah sentiasa bersama <;
ReplyDeletemixed feeling here.. but, seriously, u've done amazing job here.. alhamdulillah.. moga Allah kuatkan kte sume (^_^)
ReplyDelete