Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

ASSALAMU'ALAIKUM.. ;)

Sunday, 12 December 2010

~HADITH 40 IMAM NAWAWI>> HADITH 12~




Syarah Hadith Empat Puluh, Syeikh Imam An-Nawawi.Buku ini menghuraikan secara ringkas 42 buah hadith
himpunan Imam An-Nawawi yang dikenali di dunia Islam
sebagai Hadith Arba'in Nawawiyyah.

Saya memilih Hadith ke-12 untuk dikongsi bersama
para pembaca yang dikasihi Allah. Subhanallah!~

~HADITH 12~
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم: مِنْ حُسْنِ

إِسْلاَمِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لاَ يَعْنِيْهِ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: "Daripada kebaikan Islam seseorang adalah meninggalkan perkara yang tidak berguna." (Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan selainnya seperti ini)

Hadith hasan ini dikeluarkan oleh Imam At-Tirmidzi dalam kitab zuhud (Bab: Orang yang berbicara tentang sesuatu yang tidak bermanfaat baginya), nombor 2318. Ibnu Majah meriwayatkannya dalam kitab Al-Fitan (Bab: Menjaga lidah dari memfitnah), nombor 3976.


A. KEDUDUKAN HADITH
Abu Hurairah ra mengkhabarkan kepada kami: "Ini merupakan keharusan seorang nabi dan darinya diambil akhlaq nabi." Dengan hadith ini Nabi SAW menjelaskan kepada kita dengan kalimah yang ringkas, yang memberi manfaat serta mencakupi kebaikan di dunia dan kebahagiaan akhirat, maka dengan demikian, beliau berkata dengan sebenarnya. Sebagaimana diperkatakan oleh para ulama': "Perkataan Nabi SAW itu ringkas dan padat, dan tidak ada seorang pun sebelumnya yang menyamainya dalam perkataannya, di mana perkataan beliau mencakupi setengah agama, kerana agama adalah mengamalkan dan meninggalkan, dan hadith ini menjelaskan tentang apa yang harus ditinggalkan."

Sebahagian dari kalangan mereka berkata: "Hadith ini meliputi seluruh agama kerana ia menyatakan apa yang harus ditinggalkan dan menunjukkan apa yang harus dikerjakan."

Ibnu Rajab Al-Hambali berkata: "Hadith ini merupakan dasar yang tinggi darjatnya bagi adab."

Abu Daud berkata: "Dasar sunnah dalam setiap ilmu ada empat", dan beliau menyebutkan hadith ini. (Syarah Ibnu Daqiq Al-I'ed, untuk hadith Arba'in.)


B. INTISARI HADITH
1. Seorang Muslim haruslah meninggalkan segala sesuatu yang tidak berguna dan
berlebih-lebihan, sama ada berupa perkataan, perbuatan mahu pun fikiran.

2. Seorang Muslim hendaklah menyibukkan diri dalam hal-hal yang penting dan
bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

3. Orang yang sibuk dengan hal-hal yang tidak berguna baginya, maka berkuranglah
imannya atau tidak sempurnalah imannya.


C. TAFSIR HADITH
Hadith ini menerangkan bahawa orang yang tidak meninggalkan sesuatu yang tidak berguna dan bermanfaat adalah orang yang lemah imannya. Maka di antara tanda-tanda kesempurnaan iman seseorang hamba adalah apabila ia meninggalkan perkara-perkara yang tidak berguna baginya, baik berupa perkataan, perbuatan dan fikiran, yang tidak ada hubungannya bagi dunia dan Ad-Dinul Islam.

Oleh kerana itu seseorang Muslim hendaklah memerhatikan segala sesuatu yang berhubungan dengan kemaslahatan hidupnya demi kebahagiaan hidupnya di dunia dan di akhirat. Hal ini adalah mudah bagi orang yang mendapat taufiq dari Allah. Maka orang yang mementingkan kebahagiaan hidupnya di dunia dan akhirat, nescaya jauhlah ia dari perkara yang sia-sia dan tidak berguna.

Luqman Al-Hakim berkata: "Keutamaan itu ialah perkataan yang benar (jujur), melaksanakan amanah dan meninggalkan yang tidak berguna."

Dipetik dari: (Hadith 40 Imam Nawawi, olahan Muhammad Bukhari, 2010)


No comments:

Post a Comment